Tuesday, November 25, 2008

~spektrum itu~

spektrum itu
membias warna nan pelbagai
menggambar rasa yang berbeza
andai aku boleh memilih
aku hanya ingin
warna-warna ceria

spektrum itu
ada cerita
suka dan duka
aneka citra dan wacana

dan spektrum itu
andai aku memilih
kelibat warna yang aku mahu
pasti kanvas hidupku
tiada warna warni

spektrum itu
adalah aku
pada bias pandangku

0 Comments:

Post a Comment