Saturday, January 10, 2009

~noktah?~

biar bicara tentang nestapa terbentang di depan mata
namun si pejuang palsu pura-pura tidak melihat
sandiwara tercipta kononnya mangsa
apa yang dilihat pancaindera manusia
tidak senada dengan kata pelakon kejam itu
lantas apa perlu dilakukan?
bagaimana mahu menggugat kekuasaan yang berbentengkan
amarah dan dendam
mereka hanyut dalam kealpaan mengejar nama yang
untuk apa dan apa perlunya dalam hidup kita
tiada lagi pincangnya kala melihat jasad tidak bernadi
suara tiada berbunyi
tangis tiada melodi
apa lagi yang mahu ditebus?
hilang segalanya tiada kesan nyata apakah akhirnya
aku tanpa kudrat yang mampu diberi
tanpa jasa yang mampu dicurah
tanpa kekuatan untuk membela
hanya mampu menitip doa dan harapan
bersulam semangat dari kejauhan
moga damai bertapak di sana

0 Comments:

Post a Comment