Saturday, February 28, 2009

~aku outing~

hari ini, takde apa2 yang interesting + bombastik yang berlaku. Just nak cerita yang aku pi outing hari ni. Bukan sekadar suka2 nak habiskan duit d peti besi itu. Tapi aku ada misi dan visi. haha... macam troublesome je kan. Ok. Actually nak pi pasar tawau tu untuk belikan my sis amplang coz dah janji nak kirim pi pulau pinang cuti bulan 3 ni. So, dah plan dekat seminggu la nak pi pada hari ni. Sikit lagi tak jadi nak pi coz takde kereta sewa. Tapi Alhamdulillah pada saat2 akhir ada gak kereta yang available untuk di sewa. Bukannya tak boleh jalan kaki ke apa ke tapi benda tu nak dibeli dalam kuantiti yang agak banyak plus dengan tikar lagi. hehe...bayangkan la nak bawa benda tu ronda-ronda bandar tawau ni. hehe....tambah tikar yang bergulung tu lagi. haru biru la dengan keadaan cuaca yang hujan ni. Tapi masalah sedikit settle bila dapat sewa kereta.
kira2 jam 9 lebih. Bertolak la kami dari IP ni. Kereta dipandu oleh Si mirul. Driver last minute gak cari ni. Nasib baik dia sudi nak bawa kereta. Dalam kereta ada lima orang (aku, ain, mirul, eyza n warie). Naik kereta kancil. Alhamdulillah. Sampai gak dengan selamatnya ke bandar. Then, singgah di bank jap mo mengintai fulus di sini. Untuk bekalan beli belah. hehe.... then aku pi pasar. membeli amplang beberapa bungkus dan membeli tikar. Terbayang dan terfikir pula macam mana nak angkut benda2 ni time nak balik nanti. Tapi yang penting urusan membeli pesanan ini telah settle n sempurna.
Then, jalan2 la pusing sana sini. Traffic jam plak hari ni. Tempat parking pun susah nak cari. Tapi, sampai juga ke destinasi-destinasi yang dituju. Bagus. Bagus...!Wah...! Filem Upin & Ipin dah sampai kat sini la. Destinasi terakhir sebelum berangkat balik ialah kedai fast food yang tagline dia "sedap hingga menjilat jari" itu. After that terus balik IP. Kira2 jam 3 lebih dah sampai. Bila kira-kira (proses tolak + tambah + darab + bahagi) balik fulus dan ongkos yang telah dilaburkan. Ya ampun...! memang terover n terlebih sudah ni. Kenalah kira budget before balik lagi ni. Peningnya nak urus akaun ni.


p/s: kepada bakal penerima amplang tersebut. Bersabarlah. Lagi dua minggu mo cuti plus masa penghantaran ada la lebih kurang 3 minggu lagi. sabar...sabar...!

2 Comments:

  1. Miss Ubi said...
    huhuhu..besnyaaaaaaaa xlama cutiii...jelessssssnyaaaa
    prasasti_puteri said...
    ~x sabar mo cuti...~
    ~hehe...~

Post a Comment