Sunday, February 1, 2009

~CNY celebration~

Celebration baru-baru ni. Tak banyak sangat gambar yang di upload di sini sebab yang lain tu tak berapa best.

Time kecik-kecik dulu sangat suka menanti dan menyambut Tahun Baru Cina. Bukan sahaja kerana dapat balik kampung tapi mungkin kerana beberapa perkara berikut:

1. Dapat main mercun. Bunyi mercun disukai ramai. Hahaha... Time ni je la dapat jadi naughty kid coz time tu arwah nenek sponsor cucu-cucunya dengan mercun. Main lawan-lawan siapa paling hebat lagi. Time malam-malam la paling mantap persaingannya. Tapi tak pernahlah terjadi seperti yang selalu kita dengar sekarang. Hairan jugalah camne budak-budak sekarang main mercun. Percayalah tanpa bunyi mercun ni perayaan tu macam sedikit hilang auranya.

2. Kuih bakul. I love kuih bakul very much. Dulu itu antara hidangan special tapi sekarang ni bila nak makan je masak la. Dapat juga merasa walaupun bukan time perayaan Tahun Baru Cina.

3. Dapat angpau. Ni part yang bukan saya je yang suka kan. Rasanya semua budak-budak time tu takde kerja lain melainkan nak cari duit poket. Hahaha... Best dapat round-round kampung ni. Macam jadi YB pun ada juga. Kenal tak kenal dengan tuan rumah kita main serbu ja. Masalahnya mereka kenal kita, kita ja tak kenal dorang. Sadisnya time budak-budak ni la duit ang pau ni dibuat modal untuk membeli mercun. Pakat dengan cousin semua untuk beli. Kalau ingat balik macam lucu pula.

4. Limau Mandarin. Dulu itu antara identiti perayaan ini. Tapi sekarang berlambak pula sudah. Kalau mau yang special tu ada juga la. Tapi taklah macam dulu time ni je yang dapat tengok berlambak limau mandarin di pasaran.

Ni la antara perkara yang confirm tak boleh lupa. Kalau nak diingat-ingat balik memang banyak lagi yang tak boleh lupa tapi mungkin ini antara yang tidak sama lagi seperti dahulu jadi itu yang terindah. Bila dah besar ni tak boleh dah main mercun (kan sudah di black list), tak boleh dah main serbu je rumah orang dan terpaksa jadi skema punya orang la. Tunjuk matang sudah konon. Tapi bila dah jadi adult ni boleh sudah ikut geng-geng pergi Chinesse New Year ni naik kereta konvoi ramai-ramai. Tapi sekarang susah juga sudah mo buat tu semua coz semua sudah jauh-jauh. Walau apa pun, i'm having fun with all the experience. Itu paling mahal.


0 Comments:

Post a Comment