Sunday, February 1, 2009

~jalan-jalan, cari...~

kelmarin saya melakukan rondaan. Tempatnya di Kompleks Karamunsing, Kota Kinabalu. Betulkan saya kalau saya silap. Saya jalan-jalan. Bukan saja-saja. Tapi saya ada misi untuk diselesaikan di sini. Saya perlu jalan-jalan seperti melakukan rondaan untuk mencari itu. Saya perlu menggunakan kemahiran menganalisis dengan cermat dan betul. Bolehkah saya melaksanakan tugasan yang sungguh "mencabar" ini.

Pertama sekali, ketika mencari barang itu sudah tergambar di ruang minda saya apakah rupa bentuk yang saya inginkan. Terima kasih kepada pengacara segmen Gadget Bersama Remaja dalam rancangan Remaja kelolaan TV3 iaitu E-One. Saya mencari MP 145.

Apa itu MP 145? Ia adalah sejenis printer. Saya amat berminat dengan printer ini kerana dia mampu berfungsi 3 dalam 1. Boleh print, scan dan fotokopi. Tapi saya tidak jadi membelinya kerana fulus yang amat banyak diperlukan untuk ink printer ini.

inilah printer idaman kalbu yang tak jadi dibeli itu


Lantas saya meronda lagi. Dari satu kedai ke kedai yang lain. Pekerja di setiap kedai pun sudah mula mengenali wajah saya. Proses ulang-alik yang saya lakukan menyebabkan mereka ada memori wajah saya. Tapi, tak kisah. Yang penting dalam penjelajahan ini saya akan puas hati. Akhirnya saya jumpa juga printer 3 in 1 itu yang memenuhi kriteria-kriteria yang saya tetapkan untuk sebuah printer yang serba guna.

Akhirnya, f4280 jadi pilihan hati. Tapi saya rasa jangka hayatnya bersama saya tidak akan kekal lama. Mungkin...


0 Comments:

Post a Comment