Saturday, February 28, 2009

~monolog~

bila hati dan perasaan perlukan pengertian. sedangkan rasa itu sukar untuk dimengertikan. bila jatuh dan tenggelam itu diibaratkan nyata sudah kecundang. bagaimana pula rentaknya untuk berdiri semula. menangisi persepsi hidup yang tidak seindah taman mimpi. ketawa bila mentari ria itu muncul. persis seorang pejuang yang tiada tahu apa itu lelah. hanya tahu apa itu cita. bawa aku bersama semangat itu. jangan tinggal pergi. usah kalut sendiri. citrakan apa yang di hati. damaikan apa yang dikemudi. perlihatkan apa yang diingini. pastikan realiti itu satu yang pasti. biarkan fantasi bukan lagi anganan. biar coret kata tiada yang mengerti. asal aku dan kamu tahu sendiri. diri biar gelombang itu melambung tinggi. pegang pada satu tekad pasti yang kemudi itu bukan milik mereka.

0 Comments:

Post a Comment