Tuesday, March 31, 2009

tajuk entri yang jiwang amat. tapi tiada kaitan dengan saya ok. tiada? ok sebenarnya ada. tapi bukan saya ok. hari ni seorang teman saya tiba-tiba menghubungi saya. sebab kami berdua agak sibuk kebelakangan ini. kami bercerita tentang banyak perkara sebelum dia mengkhabarkan perkara itu kepada saya.

kami sudah break.
break? (saya terkejut ok. mereka bersama sudah lama) kenapa?
biasala. teda jodoh. lagipun ko tau juga kan dia tu...
hehe... betul2... (saya angguk2 di talian sebelah sini)
saya benci dia.
ok. memang patut pun.
tapi saya sayang memori bersama dia
tapi nanti ko yang sakit hati
ko tak mo tanya kenapa ka?
ok. kenapa?
sebab dalam memori itu ada kawan-kawan saya. takkan pasal dia saya mo lupa sama kawan-kawan saya. life must go on bah. (ok dia orang sabah. pure kadazan. beautiful young lady.tapi kini jauh di seberang Laut China Selatan sana.)


saya dapat bayangkan dia tersenyum di hujung talian. saya terharu. di penghujung perbualan saya mengerti, berakhirnya satu kisah cinta bukan penamat untuk segalanya. percayalah...

persis taman angkasa
inderaloka itu mengamit seni
bergelandangan kemilau keindahan
menerpakan rasa syahdu
di hati terbit rindu
tapi anehnya
hanya mimpi
kadang-kadang bicara ini
sukar dimengerti
mimpi inderaloka
tercari-cari tapi maya

~pendapat kamu?~



:51:

Monday, March 30, 2009

i proudly present them as....the kids with a big heart

Sunday, March 29, 2009

~my snapshot~

terserempak
mata berbicara
hati tersenyum

Thursday, March 26, 2009

today, i accidentally found this tv programme but until the end of it i still could not catch up the title of this programme. For clue, Britney was around for the whole time when this programme was on tv. On 8tv and it should be the American Idol scene at that moment. ok..! done with the clue. Actually, I just want to share something that this gorgeous mummy said which i thought really touchful. "they heard me, but they not really listen. That make me sad..." and she CRY. But she really very tough woman because she did not cry with the sound just the tears drop by her chin.
So, remember when people talking to you listen it carefully or else you will break a heart that need your attention

Tuesday, March 24, 2009

~3 days more~

ok. lagi dua hari selepas esok dan semuanya akan berakhir.

Sunday, March 22, 2009

~ironi~

kamu berpegang pada kenangan untuk membuatkan aku rasa bersalah.
tapi ironinya kenangan itu sedang membunuh kamu.
aku sihat di sini.
sedang kamu rasa tersisih.
jika perlu abaikan sahaja kenangan itu.
bila itu yang kamu mahu.
jangan bersandiwara berpijak pada khayalan.
kamu kononnya masih setia pada titian itu.
tapi sedarkah talinya putus kerana kamu.
sungguh besar jurang itu telah kau bina.
kini bila diam mengisi suasana.
kau kata aku lupa.
kamu lupa siapa yang melupa.

:008:
Walaupun hati rasa tak tenteram tapi aku mengatakan tidak mengapa. Cuba untuk melegakan diri tapi tidak berjaya juga. Cuba untuk melayari laman sesawang ini dengan gembira tapi tidak boleh. Esok ada tugasan menanti. Esok ada benda perlu diselesaikan. Tapi bukan untuk besok sahaja. Untuk 1 minggu ini. Oh...! Berada di rumah pada ketika ini bukanlah sesuatu yang menggembirakan seperti selalu.

tengah tension dalaman tahap melampau ni.
assignment yang berlambak itu + pbs @ sbe yang ......
:mCubit:
:mNo:
:mPening:
:mSurrender:
mampukah?
:19:

Friday, March 20, 2009

~stressful~

internet connection make me felt worst.
just can step out with words.
none picture that can be upload.
really want the broadband right now.
soon it will be.
soon.

life
without
consequences
is
nothing

life
without
thinking
is
dying

life
without
play
is
cheating

life
without
prediction
is
unpredictable

Wednesday, March 18, 2009

~tanpa tajuk~

terlindung di balik kata
tersirat di balik rasa
tersirna di balik maya
terukir di balik arca
jiwa kian tercalar
diamuk palbagai soal
raga sarat membuntuti
jawapan yang tiada sudahnya
sampai mata tertirai rapi
sampai nadi melambai jauh
sampai hati tiada bunyi
sampai bicara sepi sendiri
kelopak keliru akan mekar
walau tiada khabar
kerana mereka datang
tanpa tajuk hanya monolog

nukilan malam,
pujangga aspirasi nyata
yue 2009

Tuesday, March 17, 2009

kamu konon ingin mencipta fesyen sendiri. kononnya itu akan menjadi identiti kamu tapi kamu tidak sedar kamu itu bukannya pencipta "street fashion" yang boleh dibanggakan. kamu bukan juga pereka fesyen yang menjadi rebutan. kamu hanya mangsa fesyen yang mencuri pakai idea orang lain atau gaya orang lain. tapi kamu perasan itu gaya kamu. perasan tak aku senyum bila kamu kata s*** pada baju yang bergantungan di kedai itu. kamu marah tanpa sebab yang logik. baju kamu itu bukan limited edition ok. bukan juga special edition. jadi jangan perasan di antara jutaan manusia di dunia ini baju yang kamu pakai itu tidak akan clash dengan orang lain. anehnya, kamu ingin ada gaya tersendiri bukan. kamu buat aku tersenyum memikirkan betapa kamu amat perasan yang kamu itu pencipta identiti yang berlambak itu. "kita mesti ada cara sendiri dalam berpakaian" kata kamu. tapi gaya kamu itu tidak ada bezanya dengan teman di sebelahmu yang terasa dengan kata-katamu. nasib baik aku bukan temanmu itu.

Monday, March 16, 2009

percayalah
kamu memang manusia klise
saya sudah penat
biarlah kamu dengan cara kamu sendiri
kamu pelakon yang hebat itu
tapi saya sudah bosan
jadi kamu fikirkan sendiri
kamu
klise

mereka
sahabat saya
menyambut ulang tahun kelahiran pada hari yang sama
16 mac saban tahun
hari ini
usia mereka beranjak setahun lagi

untuk kamu,
nieza dan iena

"selamat hari jadi yang ke-22 tahun"

:74:

Sunday, March 15, 2009

~abang biola~


:90:: bang, boleh gambar dengan abang?

:17:: boleh...

:90:: bah cepat la ko.

:04:: tapi, aku mo ambil gambar dengan biola saja.

p/s :
:04:terima kasih la abang biola coz bagi peluang untuk bergambar dengan biola itu.

Saturday, March 14, 2009

:mSad:
sebab banyak benda nak cerita tapi tak berkesempatan. connection di IP pula membantutkan segala keiginan untuk mengupdate blog ini. hasrat nak update di rumah. tapi amatlah mendukacitakan connection di rumah juga agak slow.

Laju lagi tu kura-kura


:mPening:
kepenatan masih terasa setelah ronda-ronda buat kajian dan lawatan yang silih berganti dalam minggu ini. have fun anyway.

:mRambut:
senarai aktiviti yang belum sempat diupdate
1. makan malam dengan IPIS
2. gambar-gambar waktu pergi ke TABLE (Taman Bukit Tawau)
3. sk balung cocos
4. kajian masyarakat bajau laut
5.........


:mGelak:
dan ni istimewa special untuk dia saja. hehe...
dengan pesanan :"apa result ko dapat for SPM? Jangan malu-malu la mo bagitau."

Wednesday, March 11, 2009

well, jam di laptop sudah menunjukkan angka 1 pagi. so, entry ini khas buat mereka yang masih berjaga lagi. kita serupa. cuma bezanya mungkin tujuan kita berjaga sehingga ke pagi ini. mengapa kamu berjaga ya?

saya berjaga kerana nak cari idea untuk menyelesaikan tugasan kkp saya. agak susah juga. tapi saya mungkin sudah berjumpa dengan tema yang sesuai. mungkin. ah..! bukan mudah untuk mengiakan atau menidakkan sesuatu. tapi saya cuba juga. pagi yang sunyi sepi ini mungkin hanya digunakan untuk membuat draf esei tersebut. Insya Allah akan selesai juga nanti.

ok. kembali semula kepada perbincangan awal tadi. kenapa kita masih berjaga? sepatutnya kini kita sudah berada di dalam keadaan rehat. tapi kita masih berada dalam alam jaga itu.

mungkin kini ada di sudut-sudut dunia bayi-bayi bangun di tengah malam. itu fitrahnya. ada bayi yang berjaga di kala ini. mungkin juga ada si pelajar yang berharap akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperikasaan. mungkin ada si peniaga yang masih mengira keuntungan. mungkin ada si arkitek yang masih memikirkan corak pelannya. mungkin ada si pemuisi yang mencari ilham di kala ini. atau mungkin si malin yang masih berkeliaran. mungkin mat rempit yang masih berpeleseran. mungkin masih berdansa di kelab-kelab malam. banyak kemungkinan yang boleh dibangkitakan bila membicarakan tentang mengapa kita masih berjaga.

mungkin ada di satu sudut. di satu penjuru ada ayah yang memikirkan bagaimana untuk melunaskan yuran anak-anak, bagaimana untuk memastikan anak-anak dapat ke menara gading, masih tidak mampu melelapkan mata memikirkan masa depan anak-anaknya. mungkin ada ibu yang berjaga untuk menyiapkan tempahan jahitan, menyediakan bahan untuk jualan pada pagi nanti, dan banyak lagi yang bermain di fikiran si ibu juga si ayah.

si anak pula enak dibuai mimpi indah kala ibu dan ayah bersengkang mata demi pendidikan mereka. bertuah rasanya punya ibu dan ayah seperti itu. yang memperjuangkan nasib anak-anaknya dengan tulang empat kerat yang ada. walau dalam hati ada beban yang tak terpikul namun di bibir tetap terukir senyuman.

lantas buat mereka ini. ingin aku ucapkan selamat pagi. semoga sinar pagi ini akan turut menyinari hati yang mulus. cinta ini untuk kamu.

"selamat pagi cinta"

~kepala pusing~

ok. nak story sikit coz kepala tengah pening-pening ni. lagi 2 hari dah nak hantar asignment kkp utk ELP. honestly saya belum jumpa tajuk yang sesuai. pagi tadi seakan sudah punya idea untuk menyudahkan asignment itu. tapi bila fikir-fikir and baca-baca balik macam tak sesuai la pula. tugasan kali ni nak buat argumentative essay. susah sikit coz tak tau apa benda yang nak di argue kan. sambil-sambil membuat entri ini kepala pun ligat berputar. eh bukan kepala juz fikiran dan minda ini melayang. but still boleh menyusun kata bicara lagi. hehe... ok. jumaat ni (13 mac 2009) start dah la cuti sekolah. then yang paling tak suka tu ada SBE. rasa berdebar dan nervous sangat coz ini kali pertama. lepas tu buat lagi di tempat sendiri. entahlah. tak tau macam mana la tu. then, after cuti akan banyak asignment and ISL yang perlu di hantar. banyak lagi yang belum dilunaskan. tak tau la nak buat macam mana ni. huh...! asyik tak tau je memanjang. takpe. pasti akan selesai juga nanti. yang penting sekarang nak buat kkp. but still takde idea. jumaat bakal tiba. esok busy pula. kelas nak buat kajian masyarakat Bajau Laut di Semporna. then, khamis dan jumaat akan jalan-jalan lagi. haha... kelas yang tak reti nak duduk diam. harap esok semuanya akan berjalan lancar dan seterusnya diri ini dapat settlekan tugasan kkp yang macam masih belum ada material itu. sepatutnya nama tersenarai di dalam pertandingan bahas tapi menarik diri di saat-saat akhir. kenapa? sebab "kamu" kehilangan aura itu. "kamu" tidak dapat menarik diri ini untuk meminatimu kembali. "kamu"? apakah... hehe...

:mCry:

Tuesday, March 10, 2009

~maulidur rasul~

seawal jam 7:30 pagi perarakan dimulakan. berakhir di bulatan masuk. kemudian, aktiviti bersambung dengan ceramah yang diadakan di dewan rafflessia.

tarikh : 9 mac 2009

~hujan~

alun rintik hujan itu indah
dalam terang cahaya mentari
dia hadir membasahi bumi
gugur titus-titis itu
membawa pergi kotoran lalu
dan bersamanya pelangi menjelma
:40:

kamu di situ
aku di sini
hati itu
mengikat kita
:12:

Monday, March 9, 2009

~me n snapshot~




~done with...~

done with Penelope, Panggil Namaku 3x and A Cinderella Story

Saturday, March 7, 2009

:23:
Bagi Kejohanan sukan dan olahraga kali ke-4 institut perguruan tawau. Hang Tuah buat pertama kalinya telah merangkul gelaran juara. Tahniah buat semua anggota kumpulan rumah Biru a.k.a Hang Tuah kerana telah berjaya membawa pulang kejuaraan tersebut kepada rumah sukan Biru.

tarikh : 7 mac 2009
tempat : stadium tawau

p/s: akan upload gambar sepanjang acara berlangsung nanti. sangat letih untuk mengedit gambar dan wireless juga agak kurang memberansangkan.

walauapapun, tahniah kepada semua guru pelatih Institut Perguruan Tawau kerana telah berjaya menunjukkan semangat kesukanan di kalangan guru pelatih.

~budak ini~

tiba-tiba ja ada gambar budak ni kat sini. siapa gerangannya ya? ok. nak cite la ni. budak ni nama dia azizul. jumpa budak ni waktu kami ikut IPIS (Institut Perguruan Islam Selangor) mengadakan lawatan ke sekolah ni. saya tertarik dengan budak ni sebab time masuk kelas dia ni dah nampak ciri-ciri kepimpinan dalam diri dia. tanyalah kat kawan-kawan dia yang dia ni ketua kelas ke tak dan betul la tekaan saya dia ni ketua kelas. time ambil gambar dia ni, mula-mula tu malu-malu gak.
ok. sebenarnya bukan nak cerita pasal tu pun. just nak share perkara yang dapat saya pelajari walaupun dalam waktu yang singkat. tiba-tiba tak sabar pula nak jadi cikgu walaupun kerjaya guru bukanlah senang.
start ceritanya budak ni tahun 6. maksudnya tahun ni dah nak ambil UPSR. so, tanyalah apa result yang nak dia dapat

saya: tahun ni UPSR kan.
dia: ya!
saya: berapala ko mo dapat?
dia:entahlah. 2B, 2C, 1D mungkin.
saya: D? bukan gagal ka tu?
dia: tak pandai math bah.
saya: boleh bah tu dapat 5A.
dia: tengoklah. Cuba la nanti.
saya : tahun lepas dapat nombor berapa?
dia:10.
saya:okla tu. cubalah a' dapat 5A.
dia: (senyum sahaja)

ok. kesimpulannya di sini. budak tu ada target. tapi target dia tu berdasarkan apa yang dia boleh buat. dia rasa dia tak boleh dapat keputusan yang lebih baik sedangkan mereka telah disediakan dengan SBT (skim bantuan tuisyen). dia tahu kelemahan dia pada mata pelajaran math dan pada pihak diri saya dalam lawatan yang singkat ini saya harap ada guru yang dapat membantu dia dan rakan-rakannya untuk mengatasi kelemahannya dalam mata pelajaran matematik. sekaligus membantu budak bernama azizul ini untuk mendapat keputusan UPSR yang lebih baik.


kunjungan ke SK Wakuba

ahlan wa sahlan!
ahlan wa sahlan!

saya nak ucapkan selamat datang dan semoga selamat sampai ke destinasi yang ingin di tuju di negeri Sabah ini. semoga akan terlakar kenangan terindah di sini. maaf saya agak bisu ketika bersama kalian. tapi saya boleh berkata-kata. jangan bimbang tentang itu. walauapapun terima kasih di atas kunjungan kamu semua ke institut ini dan juga kunjungan ke kelas kami. semoga kunjungan pertemuan yang pertama ini bukanlah yang terakhir.

syukran jazilan...

p/s: entry ini amat lambat. rombongan itu telah tiba pada 11 Mac dan kini sedang dalam perjalanan menuju ke Kota Kinabalu

Thursday, March 5, 2009

~tag again~

RULES:The rules are simple.Use Google Image to search the answers to the questions below.Then you must choose a picture in the first page of the results (Remember! The image on the first page only!!!), and post it as your answer.After that tag 6 people.


I'm virgo girlI really want to go to Japan

My favourite place is beach

My favourite thing is music

My favourite drink is coffee

.
My favourite food is ice cream...! yummy...!!!
My favourite colour always black

I live in membakut


was born in Beaufort


My school/college... ipgm TS

My favourite story...



My hobby
I wish


TAG:
~anyone...~

Wednesday, March 4, 2009

~my blog under construction~
:012:
~siapa tiada dalam link list saya, let me know k...~

Tuesday, March 3, 2009

~...~

tiba-tiba saya rasa benci + muak dengan aktiviti itu.
otak jadi blur gila.
dulu saya suka + teruja yang amat untuk menyertai acara itu.
tapi kini, hati saya mati.
dapatkah hidup kembali?
wahai semangat,
kamu sebenarnya tertinggal di situ.

*sigh
right now i really miss my childhood as well as my school days. It is hard to explain. Just suddenly all the memory play melodiously in my mind. Catch my heart and keep my soul in it. So, there is no description overall. Just something that I learn from my past that there is no limitation for remembering the sweet and sorrow.
Still, keep maintain myself as the lover everyday.


I still Believe - Hayden Panettiere