Saturday, March 7, 2009

~budak ini~

tiba-tiba ja ada gambar budak ni kat sini. siapa gerangannya ya? ok. nak cite la ni. budak ni nama dia azizul. jumpa budak ni waktu kami ikut IPIS (Institut Perguruan Islam Selangor) mengadakan lawatan ke sekolah ni. saya tertarik dengan budak ni sebab time masuk kelas dia ni dah nampak ciri-ciri kepimpinan dalam diri dia. tanyalah kat kawan-kawan dia yang dia ni ketua kelas ke tak dan betul la tekaan saya dia ni ketua kelas. time ambil gambar dia ni, mula-mula tu malu-malu gak.
ok. sebenarnya bukan nak cerita pasal tu pun. just nak share perkara yang dapat saya pelajari walaupun dalam waktu yang singkat. tiba-tiba tak sabar pula nak jadi cikgu walaupun kerjaya guru bukanlah senang.
start ceritanya budak ni tahun 6. maksudnya tahun ni dah nak ambil UPSR. so, tanyalah apa result yang nak dia dapat

saya: tahun ni UPSR kan.
dia: ya!
saya: berapala ko mo dapat?
dia:entahlah. 2B, 2C, 1D mungkin.
saya: D? bukan gagal ka tu?
dia: tak pandai math bah.
saya: boleh bah tu dapat 5A.
dia: tengoklah. Cuba la nanti.
saya : tahun lepas dapat nombor berapa?
dia:10.
saya:okla tu. cubalah a' dapat 5A.
dia: (senyum sahaja)

ok. kesimpulannya di sini. budak tu ada target. tapi target dia tu berdasarkan apa yang dia boleh buat. dia rasa dia tak boleh dapat keputusan yang lebih baik sedangkan mereka telah disediakan dengan SBT (skim bantuan tuisyen). dia tahu kelemahan dia pada mata pelajaran math dan pada pihak diri saya dalam lawatan yang singkat ini saya harap ada guru yang dapat membantu dia dan rakan-rakannya untuk mengatasi kelemahannya dalam mata pelajaran matematik. sekaligus membantu budak bernama azizul ini untuk mendapat keputusan UPSR yang lebih baik.

0 Comments:

Post a Comment