Tuesday, March 17, 2009

~fashion maker or....~

kamu konon ingin mencipta fesyen sendiri. kononnya itu akan menjadi identiti kamu tapi kamu tidak sedar kamu itu bukannya pencipta "street fashion" yang boleh dibanggakan. kamu bukan juga pereka fesyen yang menjadi rebutan. kamu hanya mangsa fesyen yang mencuri pakai idea orang lain atau gaya orang lain. tapi kamu perasan itu gaya kamu. perasan tak aku senyum bila kamu kata s*** pada baju yang bergantungan di kedai itu. kamu marah tanpa sebab yang logik. baju kamu itu bukan limited edition ok. bukan juga special edition. jadi jangan perasan di antara jutaan manusia di dunia ini baju yang kamu pakai itu tidak akan clash dengan orang lain. anehnya, kamu ingin ada gaya tersendiri bukan. kamu buat aku tersenyum memikirkan betapa kamu amat perasan yang kamu itu pencipta identiti yang berlambak itu. "kita mesti ada cara sendiri dalam berpakaian" kata kamu. tapi gaya kamu itu tidak ada bezanya dengan teman di sebelahmu yang terasa dengan kata-katamu. nasib baik aku bukan temanmu itu.

0 Comments:

Post a Comment