Sunday, March 22, 2009

~ironi~

kamu berpegang pada kenangan untuk membuatkan aku rasa bersalah.
tapi ironinya kenangan itu sedang membunuh kamu.
aku sihat di sini.
sedang kamu rasa tersisih.
jika perlu abaikan sahaja kenangan itu.
bila itu yang kamu mahu.
jangan bersandiwara berpijak pada khayalan.
kamu kononnya masih setia pada titian itu.
tapi sedarkah talinya putus kerana kamu.
sungguh besar jurang itu telah kau bina.
kini bila diam mengisi suasana.
kau kata aku lupa.
kamu lupa siapa yang melupa.

0 Comments:

Post a Comment