Wednesday, March 11, 2009

~kepala pusing~

ok. nak story sikit coz kepala tengah pening-pening ni. lagi 2 hari dah nak hantar asignment kkp utk ELP. honestly saya belum jumpa tajuk yang sesuai. pagi tadi seakan sudah punya idea untuk menyudahkan asignment itu. tapi bila fikir-fikir and baca-baca balik macam tak sesuai la pula. tugasan kali ni nak buat argumentative essay. susah sikit coz tak tau apa benda yang nak di argue kan. sambil-sambil membuat entri ini kepala pun ligat berputar. eh bukan kepala juz fikiran dan minda ini melayang. but still boleh menyusun kata bicara lagi. hehe... ok. jumaat ni (13 mac 2009) start dah la cuti sekolah. then yang paling tak suka tu ada SBE. rasa berdebar dan nervous sangat coz ini kali pertama. lepas tu buat lagi di tempat sendiri. entahlah. tak tau macam mana la tu. then, after cuti akan banyak asignment and ISL yang perlu di hantar. banyak lagi yang belum dilunaskan. tak tau la nak buat macam mana ni. huh...! asyik tak tau je memanjang. takpe. pasti akan selesai juga nanti. yang penting sekarang nak buat kkp. but still takde idea. jumaat bakal tiba. esok busy pula. kelas nak buat kajian masyarakat Bajau Laut di Semporna. then, khamis dan jumaat akan jalan-jalan lagi. haha... kelas yang tak reti nak duduk diam. harap esok semuanya akan berjalan lancar dan seterusnya diri ini dapat settlekan tugasan kkp yang macam masih belum ada material itu. sepatutnya nama tersenarai di dalam pertandingan bahas tapi menarik diri di saat-saat akhir. kenapa? sebab "kamu" kehilangan aura itu. "kamu" tidak dapat menarik diri ini untuk meminatimu kembali. "kamu"? apakah... hehe...

:mCry:

0 Comments:

Post a Comment