Wednesday, March 11, 2009

~selamat pagi cinta~

well, jam di laptop sudah menunjukkan angka 1 pagi. so, entry ini khas buat mereka yang masih berjaga lagi. kita serupa. cuma bezanya mungkin tujuan kita berjaga sehingga ke pagi ini. mengapa kamu berjaga ya?

saya berjaga kerana nak cari idea untuk menyelesaikan tugasan kkp saya. agak susah juga. tapi saya mungkin sudah berjumpa dengan tema yang sesuai. mungkin. ah..! bukan mudah untuk mengiakan atau menidakkan sesuatu. tapi saya cuba juga. pagi yang sunyi sepi ini mungkin hanya digunakan untuk membuat draf esei tersebut. Insya Allah akan selesai juga nanti.

ok. kembali semula kepada perbincangan awal tadi. kenapa kita masih berjaga? sepatutnya kini kita sudah berada di dalam keadaan rehat. tapi kita masih berada dalam alam jaga itu.

mungkin kini ada di sudut-sudut dunia bayi-bayi bangun di tengah malam. itu fitrahnya. ada bayi yang berjaga di kala ini. mungkin juga ada si pelajar yang berharap akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperikasaan. mungkin ada si peniaga yang masih mengira keuntungan. mungkin ada si arkitek yang masih memikirkan corak pelannya. mungkin ada si pemuisi yang mencari ilham di kala ini. atau mungkin si malin yang masih berkeliaran. mungkin mat rempit yang masih berpeleseran. mungkin masih berdansa di kelab-kelab malam. banyak kemungkinan yang boleh dibangkitakan bila membicarakan tentang mengapa kita masih berjaga.

mungkin ada di satu sudut. di satu penjuru ada ayah yang memikirkan bagaimana untuk melunaskan yuran anak-anak, bagaimana untuk memastikan anak-anak dapat ke menara gading, masih tidak mampu melelapkan mata memikirkan masa depan anak-anaknya. mungkin ada ibu yang berjaga untuk menyiapkan tempahan jahitan, menyediakan bahan untuk jualan pada pagi nanti, dan banyak lagi yang bermain di fikiran si ibu juga si ayah.

si anak pula enak dibuai mimpi indah kala ibu dan ayah bersengkang mata demi pendidikan mereka. bertuah rasanya punya ibu dan ayah seperti itu. yang memperjuangkan nasib anak-anaknya dengan tulang empat kerat yang ada. walau dalam hati ada beban yang tak terpikul namun di bibir tetap terukir senyuman.

lantas buat mereka ini. ingin aku ucapkan selamat pagi. semoga sinar pagi ini akan turut menyinari hati yang mulus. cinta ini untuk kamu.

"selamat pagi cinta"

0 Comments:

Post a Comment