Wednesday, March 18, 2009

~tanpa tajuk~

terlindung di balik kata
tersirat di balik rasa
tersirna di balik maya
terukir di balik arca
jiwa kian tercalar
diamuk palbagai soal
raga sarat membuntuti
jawapan yang tiada sudahnya
sampai mata tertirai rapi
sampai nadi melambai jauh
sampai hati tiada bunyi
sampai bicara sepi sendiri
kelopak keliru akan mekar
walau tiada khabar
kerana mereka datang
tanpa tajuk hanya monolog

nukilan malam,
pujangga aspirasi nyata
yue 2009

2 Comments:

  1. nurul khairunie said...
    jiwa tenat melugu di satu sudut.
    =)
    prasasti_puteri said...
    ~sudut itu melihat lesu~
    ~ada pilu merona sayu~
    ~ada rindu terdampar di situ~

    to nurul khairunie:
    ;) thanx 4 da comment ya...!

Post a Comment