Friday, April 17, 2009

~17 April 2009~

Hari ini hari Jumaat. Hujan sedari pagi seakan menyukarkan pergerakan untuk ke kuliah. Hari ini memakai baju kuliah yang purple itu. Sambil menanti "ketibaan" connection internet, layan lagu Kat-Tun. Connection sangat slow dan selalu menghilangkan diri ok. Bila tibanya connection, online semua apa yang patut. entah apa la yang patut tu kan. hehe... try check nama peserta PLKN Kumpulan 3 Siri 6 2009. Bukan untuk saya ok. Ikut logik pun memang bukan untuk saya. Untuk adik angkat saya actually. "tidak sabar sudah mahu ikut Khidmat Negara" katanya. Walaupun maksudnya kontra kerana tidak mahu berambut pendek.

Then, on YM. Chat dengan orang di sana dan di sini. Hari ini tiba-tiba, mereka-mereka yang jarang online menghadirkan diri. So, agak busy juga untuk menaip. Kalau buat assignment mungkin sampai juga 2 hingga 3 muka surat kot. Sempat mencari sifu lagi di ruang chat itu di samping membuat perjanjian yang termeterai tanpa hitam putih. Waktu rehat pula ada perjumpaan untuk briefing last pengurusan gerko yang akan diadakan pada esok hari.

Minggu depan ada Ujian Akhir Kursus untuk 2 paper iaitu Tamadun Islam dan ELP. Persediaan? Tidak ready 100%. Jawapan yang amat tidak patut tapi itu la hakikatnya. Namun berharap juga la dapat buat yang terbaik. Of couse la akan baca juga nota-nota tu kan. Sempat lagi ni.

Malamnya mengumpul movie. Material semua dari Miss Rachel. Well, tidak mungkin akan menghabiskan semuanya dalam masa terdekat. Atau mungkin tidak akan menontonnya. Rasanya?After that, pergi membungkus hamper untuk esok hari.

Sekarang sedang mengelamun depan laptop. Menaip tanpa sebab. Hanya membiarkan huruf-huruf itu membentuk ayat-ayat yang akan di publish sebentar lagi. By the way, Good Nite semua.

2 Comments:

  1. keSENGALan teserlah.. said...
    waahh sis..
    ayt akhir munge2..
    prasasti_puteri said...
    to zatie,

    ~hehe...tetiba rasa nak buat...~

Post a Comment