Wednesday, April 15, 2009

~just can't figure it out~

harapan kadang kala hanya membawa kebinasaan. berhenti berharap pula akan membawa kepada kekecewaan. rantai kekecewaan hanya akan mempengaruhi hati dan perasaan. lantas perlukah harapan atau perlukah berhenti berharap? bergantung pada ketentuan sedangkan diri diselimuti kepiluan. perlu menjadi kuat walaupun hakikatnya lemah tak terdaya. berusaha untuk hidup gembira walaupun jauh di sudut hati tersembunyi rona-rona duka. keliru dengan kehidupan. apa yang perlu sebenarnya. di mana harapan itu sebenarnya satu kemestian? rindu itu terkandung harapan. harapan itu sebenarnya satu penantian. dan penantian itu sesuatu yang tidak pasti adakah akan berakhir atau terhenti di situ. andai mampu di agak atau di tafsir, mampukah semua harapan menjadi realiti? aku dan hidupku. aku dan hatiku. aku dan harapanku. terhenti di sini.

0 Comments:

Post a Comment