Thursday, May 14, 2009

Kadang kala kebenaran itu sesuatu yang menyakitkan. Namun mengetahui yang benar itu adalah satu pembebasan. Bebanan yang terletak di minda dan sanubari akan terlerai sedikit demi sedikit. Bila tahu apa yang sebenarnya, buatkan diri rasa kurang bersalah. Tapi, hati mula bertanya dan minda mula memutar memori. Mencari jejak di mana salah dan silapnya. Mencari titik punca segalanya. Hati selalunya tidak betah untuk berada lama di perantauan kenangan itu. Ada duka yang mendesah. Ada kecewa yang terlihat. Jadi, dalam episod yang satu itu sukar untuk melihat apa yang berlaku. Bila pihak yang terlibat dan mengakibatkannya cuba lari dari kenyataan. Cuba menyemai bibit-bibit palsu dalam kenangan. Bagi siapa pun, biarlah ianya berlalu. Sudah tidak peduli dengan semua itu.

0 Comments:

Post a Comment