Monday, May 11, 2009

~cinta jangan dinanti~

Tajuk entri adalah tajuk lagu ST 12 yang sedang saya dengar sekarang.




sila layan ost ini. lihat bagaimana seorang anak yang bekerja dengan Yakuza dalam bidang perniagaan mewarisi sebuah tadika daripada arwah ibunya. Untuk memiliki tadika tersebut dia terpaksa menjadi guru tadika selama 100 hari. Best. Cuma sadisnya tidak dapat melihat ending cerita ini. Sedut dari pihak yang tidak mempunyai episod yang complete. Kena tunggu balik rumah untuk mendownload cerita seterusnya.


Hakikatnya, OST tersebut sudah berhabuk di dalam local disc D saya. Memandangkan ingin melupakan seketika perihal ISL. Maka OST tersebut jadi pilihan saya.

Kelmarin, membuat kerja ISL di saat-saat hari peperiksaan semakin hampir agak memberi tekanan kepada saya. Tiba-tiba rasa ingin menelefon seseorang. Borak-borak agak lama dan hari ini saya ingin ucapkan selamat mendaftar di Tingkatan 6 kepada dia. Jangan nakal-nakal. Happy Anniversary.
"ada rasa yang terlindung di balik awan"
Malamnya menghadirkan diri dalam Pesta Kaamatan peringkat institut. Kononnya untuk menghilangkan sedikit tekanan.

p/s: sekarang masih pening-pening untuk menyelesaikan tugasan ISL.

0 Comments:

Post a Comment