Thursday, May 14, 2009

~exhausted + tired~

Study week saya yang amat "menggembirakan".
minggu ini sangat busy untuk menyiapkan tugasan ISL yang sebanyak 4 fail itu.
Falsafah Pendidikan Malaysia, Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Sosiologi dan Perspektif Pengajian Sosial dan Pengenalan Pengajian Sosial.
Kerja selama 15 minggu dilakukan dalam masa lebih kurang seminggu lebih ini. Sangat-sangat memenatkan minda. Dapat kamu bayangkan membina istana dalam satu malam?
Connection untuk internet pula ditiadakan secara tiba-tiba menyebabkan kebosanan yang melampau kadang kala melanda. Saya bukan Einstein yang mampu membaca fakta-fakta yang bertimbun dan menggunakan neuron-neuron yang ada untuk memprosesnya. Saya bukan tokoh pemikir yang hebat itu untuk menggunakan kapasiti memori saya untuk memproses data-data baru dan lama dengan sempurna. Jadi saya mesti perlukan sesuatu untuk mengurangkan tekanan itu, bukan? Maka, ketiadaan internet kadang kala satu kekurangan buat diri saya.

p/s: kata Broadband warna biru itu :"belilah saya...!". walaupun hitam itu lebih menawan biru pun bolehlah.. ^^

0 Comments:

Post a Comment