Sunday, May 24, 2009

Diri kamu, hati kamu, mahu apa sebenarnya? Saya masih dalam lingkungan boleh berfikir tiada apa. Masih lagi hati ini, rasa ini, boleh terima. Kamu hilang dan pandai kembali dan kemudian hilang lagi. Saya biarkan saja. Tapi hati ini, jiwa ini, minda ini rasa cukup tidak selesa. Ya. Tertanya kenapa kamu begitu. Mahu disoal pada siapa jika kamu terus membisu. Jika kamu sudah tidak tahu apa fikirmu tentang itu, sila khabarkan saja. Bukan susah. Bila kamu diam, minda terus bisu untuk berfikir. Hati kian lelah untuk mencari salah. Diri terasa tiada apa untuk beralah. Sejenak saya akan fikirkan itu. Tapi, ia akan hilang. Jadi jika kamu menghilang, hilang terus saja. Saya tidak mahu penat mencari. Bertanya itu ini dalam bayang yang tiada pasti.

0 Comments:

Post a Comment