Tuesday, May 26, 2009

~nurani ini milik siapa?~

Adakah kamu sudah matang? Betul? Pasti? Apakah ukuran kematangan sebenarnya dalam kehidupan kita? Jika menurut teori Jean Piaget, kematangan itu terletak pada perkembangan kognitif semulajadi manusia. Mungkin setiap peringkat umur itu akan mengalami kematangan yang sama dan mungkin juga tidak. Meneliti semua itu dan meneliti pula ruang lingkup realiti yang sedang saya alami kini, saya masih tertanya akan tahap kematangan saya. Bagaimana anda menilai aras kematangan itu sebenarnya?

Ada yang berkata: "Pada usia begini budak itu sudah matang" dan ada juga kata-kata mengatakan: "kamu masih kebudak-budakkan pada usia ini" (sekadar memetik kata-kata orang yang melihat si anak kecil yang matang sebelum usia dan si dewasa yang keanak-anakkan tidak sudah-sudah)

Saya pula tidak tahu adakah saya berada dalam kategori matang itu, sedang melalui proses kematangan mahupun menjauhi proses kematangan itu. Melihat kawan-kawan sebaya sudah mendirikan rumah tangga malah sudah beranak pinak sewaktu saya masih berada di bangku sekolah, saya menjadi agak kurang mengerti mengenai definisi kematangan itu sebenarnya. Mereka yang mempunyai tanggungjawab di usia sebaya saya sudah berfikir melangkaui pemikiran saya yang masih bersenang-senang sekarang ini. Mereka sudah mula memikirkan tentang masa depan dan apa yang perlu dilakukan agar semua orang gembira. Sedangkan saya masih berfikir tentang diri sendiri. Mereka telah memberikan sebahagian dari diri mereka untuk berbakti kepada keluarga sedangkan saya masih main-main lagi dengan semua itu. Mereka tidak lagi terlalu peka dengan perkembangan hiburan sedangkan saya masih terus dengan kegilaan saya terhadap industri itu. Ya. Mencari info-info mengenai Kat-Tun itu. Jadi saya masih keliru. Matangkah sudah saya? Mendengar khabar mereka yang sama-sama bergila-gila di kelas kini sudah jadi dara sunti yang bakal mendirikan mahligai mereka saya tertanya, adakah di situ juga ada terletak aras kematangan itu? Wah! Semakin saya berfikir. Semakin banyak pula saya menyoal.

Melihat anak-anak kecil yang masih di sekolah rendah yang baru berusia 7 tahun itu sudah pandai bermain cinta. Berebut segala. Adakah itu definisi matang? Orang bercinta yang merancang itu ini hingga tahap bila tua nanti terkeluar dalam sembang-sembang mereka. Matangkah sudah itu? Saya, semakin melihat alam ini. Semakin melihat manusia-manusia ini. Saya masih keliru. Matangkah itu semua? Bila sebenarnya hakikat kamu matang itu?

Rasanya, saya masih seorang "kanak-kanak" yang belum mengerti dengan betul apa yang sebenarnya menanti di luar sana? Jadi, kamu saja menilai "kematangan" saya ini.

p/s: fuh...!membebel yang panjang-panjang setelah habis paper tadi. Last paper yang menggembirakan kerana semester 1 ini berakhir sudah ^^

0 Comments:

Post a Comment