Tuesday, May 19, 2009

~saya bengang dengan kamu~


Hobi saya yang itu, kadang-kadang membuatkan saya rasa sakit dan pening-pening. Mungkin sebab saya bukan pakar dalam bidang itu. Hampir separuh masa yang sepatutnya saya gunakan untuk study semalam terbuang begitu saja kerana hobi saya. Saya berhenti dari hobi itu semalam dengan hati yang sebal kerana jika terus-terusan saya berteleku di meja belajar itu, saya akan terus bergelumang sakit hati. Tolonglah. Jadi sihat semula. Maksud saya, bahan uji kaji saya itu. Perisian di dalamnya jadi tunggang langgang dan berantakan. Saya tidak suka perubahan yang berlaku. Huh...! Benda alah itu benar-benar menguji saya. Saya tidak maksudkan laman blog itu ok. Benda yang menganggu-gugat kedamaian hati saya adalah perisian komputer riba ini yang sudah ter"tukar" di sana sini. Saya mahu Windows Media Player. Tidak mahu Fantasy DVD Player itu. huh..! Bengang sebab yang kamu ganggu itu muzik kegemaran saya!

p/s: mujur konsentrasi untuk study masih ada semalam.

...helah bela diri...konsep kendiri...kompleks inferioriti...teori-teori...bla bla...
seakan terlupa bahawa paper pertama adalah Falsafah Pendidikan Malaysia... :22:

0 Comments:

Post a Comment