Thursday, June 4, 2009

hidup kamu itu indah atau tidak biarkan sahaja
kamu hanya perlu melaluinya
kamu hanya perlu tabah
biar tiada putus asa
biar tidak pernah tangis itu menenggelamkan tawa
kamu perlu kuat
biar itu bukan jalan yang kamu mahu
walau itu bukan cerita yang kamu lukis
biar di depan ada denai yang sempit
biar di depan ada duri yang meranjau
kamu tahu kamu perlu melaluinya
meskipun diri kamu sudah lemah
meskipun jiwa kamu hilang daya
kamu perlu tahu
hidup kadang kala memilih kamu

~saya sendiri tidak kuat untuk menerima hakikat hidup perlu ada pancaroba kerana saya tidak kuat. kamu di luar sana, tiupkan semangat kekuatan di hati saya. saya rasa saya tidak kuat sekarang ini. diri hampir jatuh. jiwa saya kusut. biar saya lega walau untuk seketika.~

2 Comments:

  1. nurul khairunie said...
    tiap kali kau rasa ada angin redup yang hinggap di pipi kau, itu aku,

    yang sedang menghembuskan nafas-nafas semangat.

    jika kau perlukannya.
    prasasti_puteri said...
    to nurul khairunie,

    ~thank u dear...~
    ~really appreciate it...~

Post a Comment