Tuesday, June 16, 2009

~pilihan hati saya~

pilihan dan kita. 2 perkara yang seia sekata. berpisah hanya membawa satu pengakhiran pada sebuah pengharapan. pilihan, mungkin ada yang tersilap langkah dan ada yang mendapat langkah kanan. ironinya, pilihan itu sesuatu yang hidup. pilihan tidak mati melainkan jika kita cuba mematikannya. hidup tanpa pilihan ibarat nyawa sekadar ada pada jasad tapi jiwa kosong selayaknya arca tiada nadi. pilihan, kadang sukar kerana memilih antara 2 akan membawa akibat yang berbeza. dalam hidup, memang tidak mungkin untuk tidak membuat pilihan. mungkin pilihan kita cuma satu tapi perkara itu masih atas nama pilihan.

saya, dalam menelurusuri denai-denai kehidupan. berjumpa dengan cabang-cabang perjalanan. saya memilih laluan ini. yang masih samar akan membawa saya ke mana akhirnya walaupun destinasinya adalah pasti.

kamu bagaimana? mungkin pilihan itu yang akan memilih kamu. keajaiban itu ada. maka, jangan berhenti untuk percaya.

0 Comments:

Post a Comment