Saturday, June 27, 2009

~sehari bersama...~

Hari ini ada kuliah. Kuliah ganti. Then, waktu subjek Pergerakan Asas secara tiba-tiba ada ujian untuk lari 2.4 KM. Tanpa ada sebarang persediaan yang konkrit kami cuba juga untuk menghadapinya. Ok juga la. Dapat juga semuanya sampai ke garisan penamat. Kemudian belajar pula Literasi Bahasa. Sangat menarik dan rakan-rakan sekelas pun agak terhibur nampaknya. Mujur jadual yang digunakan adalah jadual hari Jumaat maka kelas berakhir awal. Tetapi, petang ada acara sukaneka pula. Nampaknya hajat untuk merehatkan diri tidak kesampaian. Pada pukul 4 petang, semua pelajar IPTS berkumpul di padang hoki dan acara pun bermula. Semua nampak gembira dan sangat-sangat enjoy. Lebih kurang dalam pukul 5 petang semua acara sukaneka berantai itu tamat.

0 Comments:

Post a Comment