Saturday, June 13, 2009

*sedang layan lagu FT Island tajuk After Love

12 Jun
Pergi ke bank BSN untuk mengambil kad ATM. Harap-harap ada sebab pegawai yang urus hari itu cakap "Sila datang kembali 2 minggu lagi ye..."Dan hari ini baru 1 minggu. Jadi, masuk bank terus pergi kaunter. Nasib baik tidak ramai orang masa itu. Tanya dekat kakak yang jaga kaunter dan dia kata kad saya sudah ada. Kena ambil nombor untuk urusan pengambilan kad itu. Seperti yang telah saya katakan, tidak ramai orang masa itu. Maka saya tidak perlu menunggu lama. Tidak lama selepas itu, saya telah mendapat kad ATM saya yang baru. Jadi, Insya Allah selepas ini masalah kad cip tidak dapat dibaca tidak akan berlaku lagi.

p/s: Kad baru itu berwarna kuning. Kad sebelum ini lebih menawan. Biru.

*kembali ke masa kini

Saya sedang runsing dengan keputusan peperiksaan. Tidak pasti dengan gred saya. Tidak yakin untuk mendapat pointer yang baik. Paling menggerunkan sekiranya terpaksa mengulang semula kertas peperiksaan. Moga-moga yang baik-baik saja.

2 Comments:

  1. Tun Teja Persona said...
    paper ks kita
    is the killing paper!
    prasasti_puteri said...
    Tun Teja Persona,
    ~ya betul!~
    ~kalau result kaler cantik bukan salah kita juga...~
    ~jawapannya universal...~
    ~hehe...~

Post a Comment