Thursday, June 18, 2009

~walaupun~

desktop background yang cun ^^
Walaupun pada awal cuti saya bercadang untuk menghabiskan masa dengan menonton movie-movie dan ost-ost terkumpul saya, tapi nampaknya misi itu tidak berjaya. Saya masih mempunyai banyak koleksi yang belum ditonton dan ditambah lagi dengan koleksi baru yang saya dapat dari adik saya. Saya sangat-sangat lambat untuk melihat kesemuanya walaupun rakan-rakan saya sudah pun khatam kesemuanya. Mengapa agaknya ya? Saya pun tidak tahu mengapa. Jadi, selepas cuti ini mungkin koleksi akan bertambah lagi. Aiseh...! Jadi bila nak dihabiskan yang lama itu. Mungkin perlu ada tarikan dari setiap movie atau ost tersebut. Ya. Saya rasa ini faktor utama. Kebiasaannya, kebanyakkan movie atau ost yang menjadi pilihan utama saya ialah thriller and horror (terutamanya filem hantu la ni coz boleh habis 1 hari saja), ost Jepun (terutamanya kalau jalan cerita best and of course la kalau pelakonnya si Kamenashi Kazuya. Boleh spend almost 1 day to settle down with the story), then of course la kalau yang tidak mengambil masa yang lama (tidak tahan untuk melihat ost yang sambung-sambung tu).
Lagipun, rancangan televisyen banyak yang menarik. So, rasa agak malas untuk membuka laptop kecuali untuk online. Ya la, nanti balik IP bukan boleh tengok semua tu. Will miss CSI tak kira la New York ka Miami, Midsomer Murder, Oprah Winfrey Show, semua rancangan kartun and banyak lagi la. History Channel, National Geographic etc. Dalam erti kata lain, bila di IP agak sukar untuk bersenang lenang melihat televisyen lagipun rasanya televisyen itu masih belum dapat digunakan lagi or else just TV1, TV2 and TV 3 punya channel ja yang available. Entah la tu. Makanya, mahu melihat sakan rancangan televisyen di rumah sebelum mengaktifkan diri untuk membuat tugasan, projek dan segalanya di IP nanti. Pasti sangat sibuk itu. Jadi, saya mahu relax lagi sebelum berdepan dengan stress itu.

0 Comments:

Post a Comment