Tuesday, September 29, 2009

~gadis ini sedang...~

~salam kasih sayang untuk semua~
  • membuat assignment yang sangat-sangat banyak tidak terkira itu.
  • mendengar lagu-lagu Korea yang "diculik" dari MP3 adiknya.
  • sedang berchit chat dengan tomodachi di luar sana.
  • sedang bermain dengan keypad supaya keluar segala-galanya.
  • sedang update blognya yang sudah agak bersarang ini.
  • sedang guna bahasa melayu dalam blognya sebab otak separa berkarat untuk borak-borak dalam eigo and sebab adik si penulis kata sakit mata tengok grammar yang tunggang langgang di sini.
  • sedang mencari di google gambar ini sebab dia sudah jatuh cinta dengan orang ini.
  • sedang tunggu ichiban dia online.
  • sedang berfikir hendak online Yahoo Messenger atau tidak sebab dia mahu fokus buat kerja tertunda malam ini.
  • sedang berkata it's ok, it's alright pada diri sendiri
  • sedang mencari kata-kata yang sesuai untuk dibubuh dalam assignment
  • sedang mahu bermimpi
  • sedang tidak percaya bahawa dia akan mula belajar bahasa baru lagi
  • sedang mahu ucap selamat malam pada semua dan oyasumi pada ichiban
  • sedang bersedih sebab seseorang memberitahu bahawa dia sudah berjumpa dengan ichiban beliau in person
  • sedang betul-betul mahu ucap selamat malam sebab kerja yang sedang menggunung itu

0 Comments:

Post a Comment