Thursday, October 29, 2009

~rasa hilang seketika~

diri yang satu ini
masih di sini
bukan ilusi tapi nyata
namun hati cerita berbeza
dia telah terbahagi
benar dan fantasi
berbagi citra dan rasa
diri rasa kehilangan
hati sudah sukar pulang
masih mencari titik destinasi
yang ingin digapai
tapi tidak sampai
biar ia pergi
bertaut seketika di situ
kerana ada rasa pasti
ia cuma seketika
tapi benarkah begitu
minda hanya mampu bertanya
jiwa hanya mampu berlayar
biar segala rasa tercurah
walau hakikatnya mimpi cuma

0 Comments:

Post a Comment