Thursday, October 29, 2009

~saya mahu diam saja~


Sedang fikir mahu format laptop atau tidak sebab macam dapat rasa banyak virus sedang berumahtangga dalam laptop. Lagipun malas mahu hantar pergi service. Mungkin tahun depan? Mungkin. Then, sedang keliru sama ada Yahoo sedang upgrade ataupun Yahoo saya yang bermasalah? Sebab selama 1 minggu tidak dapat masuk Yahoo Messenger then pagi tadi dapat pula. Pelik. Lepas tu sekarang tidak dapat pula? Tapi tidak ada tempat rujukan.

Tidak tahu kenapa tiba-tiba memunculkan diri di sini. Mungkin sebab memang perlu sesuatu dan perlu tempat ini. Exam tidak lama lagi dan saya mengaku saya belum bersedia. (apa perasaan agaknya bila baca balik benda ini 10 atau 20 tahun akan datang?) Tidak banyak melakukan blog walking beberapa minggu ini kerana blog pun hampir berhabuk dan berdebu. Saya sudah bersihkan debu-debu itu ^^. Harap- haraplah.


Terima kasih kepada yang bagi gambar ini. Mahu panggil Oppa, mamat ini pangkat adik. Best layan lagu Korea and Jepun dia dan kumpulannya. So, saya pun akan melipatgandakan usaha untuk belajar bahasa antarabangsa. Terbelit lidah ^^

p/s: IMYT

0 Comments:

Post a Comment