Wednesday, November 25, 2009

~hipokritkah?~

Kadang-kadang kita sembunyikan kesedihan dan kedukaan kita di sebalik keceriaan dan senyuman. Biar tiada siapa tahu apa yang terpendam sebenarnya.

Kadang-kadang kita berpura-pura tidak punya masalah sedangkan ada satu bebanan yang hebat di atas pundak. Kita mahu orang tidak tahu masalah itu.

Kadang-kadang kita cuba sembunyikan kebenaran kerana apabila kebenaran itu terbongkar kita takut akan sakit yang bakal kita rasa. Hanya mampu biarkan kebenaran itu membisu sahaja.

Kadang-kadang kita ingin menangis dan perlukan seseorang untuk mendangar rintihan kita. Tapi akhirnya kita masih sendiri.

Kadang-kadang yang kadang-kadang itu akan menjadi selalu. Yang selalu itu akan menjadi sentiasa. Yang sentiasa itu akan menjadi selamanya.

Dan entah bagaimana jika sekiranya dia dinilai sebagai seorang yang hipokrit dalam sepanjang hidupnya.

0 Comments:

Post a Comment