Tuesday, October 2, 2012

Aku yang khilaf

Percaturan hidup. Bagaimana harus kita mendepani sebenarnya? Tiada jawapan pasti bagi merungkai penyelesaian bagi setiap persoalan. Tidak peduli atau membiarkan sahaja juga bukanlah satu jawapan yang sesuai. Di kala menelurusi laluan kehidupan, jatuh bangun dan tangis tawa rencah dalam mencari erti kata kematangan dalam kehidupan. Dan aku, dalam langkah kaki yang terkadang perlahan, laju dan sesekali berlari masih belum mampu untuk memberi erti pada langkah kaki itu. Kadang aku alpa, melakukan salah tanpa sedar dan kadang bagai terpaku sejenak membiarkan saja yang khilaf itu merajai diri. Namun syukur, masih diri diberi peluang untuk mengenal erti muhasabah diri. Perjalanan masih jauh. Mungkin destinasi yang belum pasti itu tidak terjangkau. Langkah masih bertatih. Walau kadang kala cuba untuk berlari. Mungkin sudah ketetapan Illahi, destinasi itu belum milikku lagi. Aku yang khilaf ini, cuba sedaya upaya dengan cangkiran kesedaran cuba untuk melangkah walau kadang kala tersungkur. Berdiri kembali setelah tersungkur rebah terasa nikmatnya. Menjadi antara insan yang diberi kesempatan untuk membetulkan khilaf diri, moga apa yang dihajati tercapai nanti. Langkah kaki ini kuharap menuju kebahagian yang hakiki berlandaskan lorong-lorong syurgawi.

0 Comments:

Post a Comment